Wednesday, July 28, 2010

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anak didikku dan kawan-kawanku,
saya mohon maaf kerana agak lama tidak aktif dalam blog saya ni kerana agak sibuk skit dengan tugasan di sekolah dan di universiti.Saya akan cuba memasukkan maklumat terkini kepada anak didik saya agar semua akan memperoleh manfaat daripadanya.

7 Julai 2010- bermula la kehidupan saya sebagai mahasiswi USM semula selepas saya membuat pendaftaran sebagai pelajar sarjana dalam bidang pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Tempoh pengajian antara 2 tahun hingga 4 tahun,namun saya berharap agar saya dapat menghabiskan pengajian saya dalam tempoh minimum.terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan doakanlah kejayaan saya...

Kehidupan sebagai pelajar sarjana memang menyeronokkan walaupun keletihan ...banyak ilmu baharu yang diperolehi...dan yang seronoknya...saya bertemu semula dengan rakan lama semasa di bangku sekolah dulu...dan juga bekas anak murid saya semasa saya mengajar di sekolah rendah dahulu...sekarang semua menjadi rakan sepengajian.

Terima kasih kepada suami dan anak yang memahami tuntutan kerja saya dan tuntutan impian yang perlu dipenuhi....