Wednesday, January 25, 2012

KERJA RUMAH

ASSALAMUALAIKUM ANAK ANAK YANG DISAYANGI....BACA DAN SALIN MAKLUMAT BERIKUT KE DALAM RAJAH MINDA.

PANTUN EMPAT KERAT : NASIHAT

Tema
Tema pantun ialah kemanusiaan dan kemasyarakatan. Pantun ini memberikan nasihat kepada manusia ke arah membentuk peribadi mulia.

Persoalan dan maksud
Persoalan pantun ini berkaitan dengan nasihat kepada manusia tentang pentingnya menjaga kelakuan,sikap, dan budi bahasa dalam masyarakat

Rangkap 1
Persoalan berkaitan dengan menjadi manusia yang berguna dan sentiasa menolong orang lain. Maksudnya nasihat agar suka menolong orang , memandu orang dalam kesusahan,kesulitan seperti sebiji bintang yang menyinari langit gelap pada waktu malam untuk memandu ke arah perjalanan manusia.

Rangkap 2
Persoalan tentang sikap buruk orang yang suka membuat kecoh.Maksudnya, nasihat agar kita jangan suka membuat kecoh atau heboh apabila mendapat sesuatu atau berhadapan dengan masalah yang kecil

Rangkap 3
Persoalan tentang sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Maksudnya, apabila melakuka sesuatu pekerjaan, lakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya da hasilnya maksimum.

Rangkap 4
Persoalan tentang kesan buruk hasil daripada melakukan sesuatu yang tidak baik. Maksudnya, mendapat ssah kerana melakukan sesuatu yang tidak elok, tidak berfikir sewaktu bertindak. Apabila sudah berlaku, tidak guna menyesal. Sama seperi perbuatan memusnahkan tebuan, menyebabkan badan sakit kerana disengat tebuan berbisa tersebut.

Rangkap 5
Persoalan tentang sikap tamak yang membawa kerugian. Maksudnya, sikap tamak akan menyebabkan seseorang mengalami kerugian berganda. Apa yang sedia ada mungkin hilang sedangkan apa yang dihajati belum tentu dapat hasilnya.

Maksud rangkai kata terpilih

1. Kolam - bekas yang diperbuat daripada batu atau simen yang diisi dengan air untuk mandi atau untuk mengambil air sembahyang

2. Masjid - bangunan tempat orang Islam beribadat

3. Sembahyang Raya - ibadat suci umat Islam selepas ibadah puasa (Aidil Fitri) atau nselesai menunaikan ibadah haji (Aidil Adha)

4. Bayam - sejenis sayur berdaun hijau atau merah

5. Kantung - kocek.saku,poket, pundi-pundi, kampit

6.Menjeruk asam - buah-buahan yang diasamkan, dijadikan masam

7. Pekasam - ikan atau daging yang digarami

8. Golok - sejenis parang kecil yang matanya diasah melengkung

9. Puan - bekas sirih yang diperbuat daripada logam, biasanya digunakan okeh permaisuri , pengantin perempuan atau sebagai tanda kekuasaan raja.

10. Jolok sarang tebuan - perbuatan merodok tebuan dengan galah atau kayu

11. Anak indung - anak ibu, induk pada benda atau binatang

12. Anak ketitir - sejenis burung merbuk

13. Anak merbah -sejenis burung

14. Kendong - membawa barang dengan membungkusnya di salam kain.


Nilai
1. menjadi manusia yang berguna, sentiasa menolong orang lain
2. Sikap buruk orang yang suka buat kecoh
3. Sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu
4. Kesan buruk hasil daripada melakukan sesuatu yang tidak baik
5. Sikap tamak yang membawa kerugian

Pengajaran
1. kita hendaklah sentiasa suka menolong orang serta memandu orang lain yang berada dalam kesusahan dan kesulitan.
2. Janganlah kita suka buat kecoh atau heboh apabila mendapat sesuatu atau berhadapan dengan masalah yang kecil .
3. Kita perlu melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh hingga berjaya
4. Janganlah kita melakukan sesuatu yang tidak elok dan tidak berfikir sewaktu bertindak
5. Usahlah kita bersikap tamak dalam mendapatkan sesuatu yang dihajati

No comments:

Post a Comment