Wednesday, January 25, 2012

PANTUN EMPAT KERAT : BUDI

Tema
Pantun ini bertemakan kemanusiaan dan kemasyarakatan yang berkaitan dengan kepentingan budi, jasa, kesopanan tutur kata dan tingkah laku dalam kehiduan manusia

Persoalan dan Maksud
Persoalan pantun ini berkaitan dengan kepentingan budi, jasa, dan kesopanan bagi membentuk insan yang dipandang mulia

Rangkap 1
Persoalan berkaitan dengan sanjungan dan terima kasih kerana menerima budi dan jasa. Maksudnya, seseorang yang menerima budi dan jasa baik seseorang akan sentiasa mengenangnya sepanjang masa.

Rangkap 2
Persoalan tentang berbudi dan berjasa sewaktu hidup. Maksudnya, semasa hidup di dunia, manusia digalakkan berbuat baik, banyak menabur budi dan jasa kerana manusia akan dihormati sewaktu hidup dan dikenang sesudah mati

Rangkap 3
Persoalan berkaitan budi jadi kenangan , mengenang budi. Maksudnya, budi yang diberikan kepada seseorang akan sentiasa diingat, dikenang dan dihargai sepanjang masa.

Rangkap 4
Persoalan berkaitan dengan nilai kesopanan, budi bahasa mengatasi kebendaan dan kekayaan. Maksudnya, masyarakat Melayu sangat menyanjung nilai budia bahasa, iaitu kesopanan mengatasi soal kebendaan , kekayaan atau kemiskinan seseorang.

Rangkap 5
persoalan berkaitan dengan pengaruh kekayaan dan budi terhadap kehidupan manusia. Maksudnya, walaupun kekayaan (emas dan perak)dianggap penting namun budi baik dan jasa juga dipandang tinggi dan dimuliakan serta disanjung orang sewaktu hidup di dunia.

Maksud Rangkai Kata terpilih.

1. Keladi - sejenis tumbuhan herba yang isinya dmakan

2. Selasih - sejenis tumbuhan herba dibuat ubat, berbau wangi

3. Ambil galah jolok ramunia - perbuatan menjolok menggunakan galah atau kayu panjang yang lurus. Buah ramunia- hampir sama seperti kundang

4. Buah delima - sejenis buah daripada tumbuhan renik, berwarna merah dan boleh dimakan

5. Anak dara berkain cukin - perempuan belum kahwin, gadis sunti memakai kain basahan mandi.

6. Daik - tempat di Acheh-Riau, Indonesia

7. Bulan puasa - tempoh masa sebulan bagi orang Islam beribadah puasa

8. Baju bercorak tiada benia - mungkin "benian" sejenis baju dalam

9. Emas dan perak pengarus dunia - barang perhiasan logam berharga yang berpengaruh di dunia yang mementukan kekayaan dan kehormatan seseorang.

Nilai
1. Mengenang budi
2. Berbuat baik sewaktu hidup
3. kesopanan dan budi bahasa mengatasi kebendaan dan kekayaan
4. Keseimbangan nilai kekayaan dan budi terhadap kehidupan manusia

Pengajaran
1. Kita hendaklah sentiasa memberikan sanjungan dan terima kasih kerana menerima budi dan jasa seseorang
2.Kita hendaklah sentiasa ingat , kenang dan hargai budi baik yang diberikan oleh seseorang sepanjang masa sewaktu hidup kita
3. Kita seharusnya menyanjung budi bahasa, kesopanan yang mengatasi soal kebendaan, kekayaan dan kemiskinan seseorang
4. Walaupun kekayaan dianggap penting,manusia perlu berbuat baik dan jasa seseorang dipandang tinggi dan mulia serta disanjung orang sewaktu hidup di dunia.

No comments:

Post a Comment