Monday, February 13, 2012

DRAMA MUZIKAL KAMPUNG BARU

PEMIKIRAN

Drama Muzikal Kampung Baru ini mengemukakan pemikiran tentang isu kemasyarakatan. Kisahnya memaparkan pertembungan antara corak kehidupan yang konvensional yang akan digantikan dengan budaya hidup yang lebih selesa. Cadangan pembaharuan yang dilakukan terhadap Kampung Baru oleh Gulam Russel telah mencetuskan konflik dan krisis dalam kalangan penduduk kampung, terutamanya Haji Palawan, Jalas, Nesan, dan Raja Molek.Akhirnya , Gulam Russel berjaya meyakinkan penduduk Kampung Baru untuk menerima pembaharuan yang mendatangkan kesan yang positif terhadap kehidupan mereka.

PERSOALAN.

1. Jurang pemikiran antara golongan tua dengan golongan muda.
Haji Palawan yang mewakili golongan tua yang tidak mahu menerima pandangan dan cadangan golongan muda yang berilmu
pengetahuan seperti Gulam Russel yang mahu memajukan Kampung Baru. Haji palawan lebih selesa untuk mempertahankan
cara hidup yang bersifat konvensional berbanding dengan golongan muda seperti Gulam Russel yang lebih mementingkan
budaya hidup yang selesa.

2. Asal usul keturunan dalam menentukan keutusan
Haji Palawan yang bersikap taksub terhadap asal usul bangsanya sebagai Melayu dan berpandangan bahawa Kampung Baru
hanya untuk orang Melayu sahaja dan menganggap Gulam Russel yang merupakan anak kacukan pelbagai keturunan tidak
layak untuk membicarakan soal memajukan Kampung Baru. raja Molek yang terlalu bangga dengan salasilah keturunannya
sebagai kerabat diraja tidak mahu menerima pandangan Gulam Russel dan isterinya Ratnasari yang ingin melakukan
pembaharuan terhadap masyarakat Kampung
Baru.

3. Keuntungan peribadi yang mengatasi kebajikan penduduk.
Jalad dan Nesan yang hanya memikirkan soal keuntungan diri sendiri daripada menjaga kebajikan penduduk Kampung Baru
dengan membawa anasir-anasir luar yang boleh mengancam budaya tradisi hidup bermasyarakat di Kampung Baru. Jalad
dan Nesan juga bersikap mempengaruhi keputusan Raja Molek yang mempunyai pengaruh yang besar dalam menentukan
nasib penduduk Kampung Baru untuk menolak cadangan Gulam Russel demi menjaga keuntungan peribadi mereka.

4. Cara hidup yang konvensional dan kemajuan yang positif
Cadangan Gulam Russel bersama isteri dan rakan-rakannya yang telah menyediakan pelan perancangan yang menaik taraf
Kampung Baru sebagai sebuah kampung yang lengkap infrastrukturnya mampu membawa perubahan yang positif terhadap
sosioekonomi penduduk Kampung Baru. Usaha ini mendapat tentangan daripada beberapa penduduk kampung yang tegar
untuk mempertahankan cara hidup yang konvensional seperti Haji Palawan, Raja Molek, Jalad dan Nesan.

5. Asimilasi budaya hidup bermasyarakat.
Sikap keterbukaan keluarga Gulam Russel yang merupakan anak kacukan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
berkahwin pula dengan Ratnasari yang berketurunan Cina dan India menjadikan Gulam Russel seorang yang memahami dan
menghormati budaya kaum-kaum lain. Penduduk Kampung Baru menerima baik kehadiran warga Indonesia seperti Sulastri
dan Pak Gito dan mampu berkomunikasi dengan baik dengan mereka.


No comments:

Post a Comment