Monday, February 13, 2012

DRAMA MUZIKAL KAMPUNG BARU

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama Gulam Russel

Gulam Russel merupakan watak utama dalam drama ini. Dia seorang graduan pengurusan perniagaan dan undang-undang dari sebuah universiti di United Kingdom. Dia seorang lelaki kacukan pelbagai keturunan. Neneknya Melayu manakala datuknya Pakistan dan ibunya berkahwin dengan lelaki Inggeris.Dia berkahwin dengan Ratnasari yang berketurunan campuran Cina dan India. Dia juga mempunyai seorang adik perempuan yang bekerja sebagai penerbit di sebuah stesen televisyen. Seorang yang sangat prihatin terhadap masa depan penduduk Kampung Baru dan sanggup bersusah payah menyediakan pelan perancangan untuk memajukan Kampung Baru.

Haji Palawan

Seorang warga emas yang telah berusia 69 tahun. Seorang lelaki yang sangat sentimental . Seorang warga tua yang sangat tegas pendiriannya dan amat sukar untuk dibawa berunding. seorang yang suka berdendam dan juga seorang yang pemarah. Seorang yang tidak mudah untuk dipengaruhi dan bersikap berhati-hati mendengar nasihat dan menerima sebarang perubahan.

Watak Sampingan

Ratnasari

Wanita berketurunan Cina dan India .Isteri kepada Gulam Russel.Seorang yang berkelulusan daripada Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana di School of African And Oriental Studies (SOS), Universiti London. Seorang yang pakar dalam sejarah Tanah Melayu sebelum merdeka dan sejarah Asia Tenggara. Seorang wanita yang berani berhadapan dengan ancaman penduduk Kampung Baru dalam usaha untuk memajukan Kampung Baru.

Rosemera

Adik kepada Gulam Russel yang berkawan rapat dengan Nathan. Pakar multimedia yang bekerja sebagai penerbit berita dan hal ehwal semasa di sebuah stesen televisyen. Seorang wanita yang tidak gentar pada ugutan penduduk kampung untuk menghalangnya memaparkan gambaran sebenar kehidupan penduduk Kampung Baru.

Tulus

Kawan sekolah Gulam Russel sejak kecil. Seorang anak jati kelahiran Kampung Baru. Seorang pemuda yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda pelancongan dari New Zealand. Bijak berdiplomasi dengan penduduk Kampung Baru supaya menerima cadangan Gulam Russel dan kumpulannya untuk memajukan Kampung Baru. Seorang sahabat yang setia dan sanggup berjuang bersama Gulam Russel demi membawa perubahan yang positif terhadap kehidupan penduduk Kampung Baru.

Joshua Ong

Sahabat kepada Gulam Russel dan ratnasari. Seorang arkitek yang meminati seni bina dan rekaan bangunan warisan Melayu. Seorang lelaki Cina peranakan Baba dan Nyonya Melaka yang fasih bertutur bahasa Melayu dan memahami budaya Melayu.

Nathan

Abang Ratnasari yang mempunyai kelulusan kejuruteraan awam dari sebuah universiti tempatan.Seorang yang sanggup berjuang bersama-sama Gulam Russel untuk menjadikan impian melihat Kampung Baru sebagai pusat pelancongan yang terkemuka terlaksana.

Cik Pa

Seorang lelaki yang sudah berusia tetapi masih bujang. Dipengaruhi dengan gaya 60-an. Membawa skuter Vespa lama warisan daripada arwah bapanya. Menjadikan rumahnya sebagai pusat dan ibu pejabat sekumpulan pemilik skuter lama. Nama Cik Pa merupakan singkatan bagi gelaran Mat Vespa dalam kalangan penduduk kampung. seorang yang baik hati,mudah emsra dan sangat mengambil berat tentang kebajikan anak-anak muda dis ekitarnya. Seorang yang suka mendengar orang bercerita dan berhujah dan akan terus menyokong apa-apa sahaja perkara baru yang belum pernah didengarnya.

Mak Renong

Seorang janda yang berusia lewat 60-an.Seorang wanita yang berusia tetapi berilmu pengetahuan. Mak Renong mempunyai kemahiran membaca dan mengira serta mempunyai buah fikiran yang bernas. Seorang yang penyayang dan baik hati. Mak Renong amat disayangi oleh anak, menantu dan cucunya. seorang yang mempunyai pemikiran yang terbuka dan bersedia menerima pendapat orang lain.

Sulastri

Pekerja Indonesia yang berkerja di warung nasi lemak Yam Marman. Seorang gadis yang gemar menyanyi dan menari. seorang gadis yang hanya menjadi pemerhati pada perbincangan pelan memajukan Kampung Baru yang berlaku di sekitarnya.

Pak Gito

Seorang lelaki yang berasal dari Indonesia tetapi dibesarkan di Kampung Baru. Pekerja warung milik Yam Marman. Seorang pemerhati yang peka.Seorang yang pendiam dan hanya bersuara apabila perlu sahaja. Seorang penduduk Kampung Baru yang menyokong cadangan Gulam Russel dan kumpulannya yang ingin membawa perubahan terhadap kehidupan penduduk Kampung Baru.

Nesan dan Jalad

Dua orang pemuda yang sentiasa ligat dan mengambil kesempatan atas apa-apa sahaja peluang yang boleh menghasilkan keuntungan. Kedua-duanya sanggup menghasut Raja Molek agar tidak menerima usul Gulam Russel dan kumpulannya yang ingin memajukan Kampung Baru.

Raja Molek

Penduduk asal Kampung Baru. Seorang warga emas yang berusia 60-an. seorang yang kaya dan ternama,namun kurang pintar dalam banyak perkara. Seorang yang berbangga dengan darjat dan keturunannya.

No comments:

Post a Comment