Latar Tempat
Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa . Antara latar tempat dalam drama Muzikal Kampung Baru ialah :
1. Kampung Baru :
- Rosemera telah menunjukkan keadaan Kampungb Baru yang mundur dan tidak membangun walaupun berada ditengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur .
- Jalad dan Nesan menyanyi dalam rentak boria .
- Temoat dimana Mak Renong memarahi Jalad dan diperhatikan oleh Yam Maryam , Pak Gito dan Sulastri .
- Jalad telah membawa Tulus , Joshua Ong , Ratnasari , dan Rosemera yang akan membincangkan mengenai rancangan terhadap Kampungb Baru .
- Tempat yang dijadikan Ibu pejabat Perbadanan Kampung Baru yang yang telah didatangi Haji Pahlawan disambut oleh Gulam Russel , Ratnasari , Tulus , Joshua Ong dan Nathan .
- Gulam Russel dan kawn-kawannya membuat lagi satu persembahan multimedia , lengkap dengan lakaran dan gambar-gambar yang terpancar pada skrin pentas .
Latar masa ialah merujuk kepada saat , ketika waktu , zaman musim atau era bila sesuatu itu berlaku .
- Berlaku pada tahun 2007 .
1. Masyarakat yang berpendidikan ,
- Golongan berpendidikan ini terdiri daripada watak Gulam Russel , Ratnasari , Tulus , Joshua Ong , dan Nathan
- Terdapat segelintir masyarakat penduduk Kampung Baru yang berdarah campuran contohnya Gulam Russel mempunyai darah campuran Pakistan dan Inggeris .
- Contohnya Joshua Ong amat memahami dan berpengetahuan mengenai adat resam orang Melayu walaupun berketurunan Cina . Namun begitu adat resam orang Melayu sebati dalam hidupnya .
1. Simile
- Perbandingan atau persamaan dengan menggunakan kata : ''seperti '',''laksana'',''bagai'',''umpama'',''macam''.
- Contohnya :
- Jalad: bukan nak cakap besarlah ! Semua tu kami yang tolong . Kedai nasi lemak world class Kak Yan ni pun tak akan hidup kalau kami tak bekalkan pekerja-pekerja luar macam Pak Cik Gito dan Sulastri !
- Contohnya :
- Kamera tak pernah berbohong
- Contohnya :
- Mak Renong : Nak sihat , nak senag saja . Makan minum jangan berlebihan , jangan makan makanan sejuk walaupun dipanaskan semula , makan banyak buah dan ulam , minum air suam , bukan air setan , tubuh badan mesti sihat .
- Pemalikan kata-kata atau frasa yang berbeza daripada susunan lazim
- Contohnya :
- Nesan : baik-baik cakap Pak Aji , dan jangan menghina nama saya !
- gaya bahasa sindiran yang terlalu kuat menyakitkan hati pendengar atau yang kena sindir kerana adnya unsur cemuhan dan celaan .
- Contohnya :
- Haji Pahlawan : Nesan ! Namanya Nesan ! Macam tak percayakan ? Nesan biasanya kaku dan tegak di tanah kubur ! Tapi Nesan ini melalak dan bergerak di serata Kampung Baru mencari mangsa ! .
- Contohnya :
- Gulam Russel : saya bukan nak serahkan kampung ni pada orang lain ! Saya cuma nak majukan kampung ni . Tetapi sebelum tu , saya ada satu pengumuman : nama Kampung Baru akan bertukar menjadi Kampung Buruk ! Sebabnya dah tak ada yang baru di sini , semuanya buruk , lapuk , busuk , berhabuk , berkarat , berkulat , berkulat berulat !
- Kata-kata yang tepat digunakan pada tempat atau situasi yang sesuai . Pemilihan diksi yang tepat akan dapat memberi makna yang tepat dan berkesan untuk menyampaikan mesej pengarang dalam karyanya . Istilah-istilah bahasa inggeris banyak digunakan dalam drama ini .
- Contonhnya :
- Ratnasari : excuse me ! Suami saya Gulam Russel dan kawan baiknya sejak kecil ni , Tudis namanya ialah anak kelahiran Kampung Bru ! Saya tahu mereka berdua ni lebih pandai daripada apa yang ...nama you siapa ?
- Unsur perulangan kata atau frasa dalam satu kalimat .
- Contoh :
- Nesan : cakaplah ! Cakap pasal pembangunan , pasal peningkatan ...ini orangnya yang serba tahu tentang kemajuan dan pembangunan . Kemajuan dan pembangunan ialah duit , duit dan duit ! Tak ada duit , jangan cerita panjang . Cakap pasal meningkatkan ekonomi ni dah basi sebenarnya ! Cakap di mulut atau kertas memang sedaplah !Tapi cakap saja...habuk pun tadak ! kami yang tolong tambah rezeki untuk dia orang !
- Gaya bahasa yang menggunakan kata seru untuk tujuan penegasan maksud yang digunakan oleh seseorang pengarang .
- Contoh :
- Gulam Russel : takkan saya nak buat kerja macam tu lagi ! Saya hormat Pak Haji sekarang ni ! Pak Aji macam datuk saya !
1. Nilai persahabatan ,
- Gulam Russel , Joshua Ong dan Tulus berjaya memaparkan nilai persahabatan yang baik walaupun dari pelbagai bangsa . Mereka ini berganding tenaga dan buah fikiran untuk memajukan Kampung Baru . Nilai persahabatan yang ditonjolkan ini menjadi suasana kehidupan manusia .
- Unsur-unsur keagamaan jelas terpancar pada watak Gulam Russel yang mempertahankan hujahnya dengan menyatakan bahawa agam Islam bukan hanya untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk semua bangsa di dunia . Nilai keagamaan yang tinggi mampun menjadikan seseorang itu sentiasa berwaspada dan berfikiran panjang sebelum bertindak .
- Drama Muzikal Kampung Baru jelas membawa nilai-nilai kebudayaan yang begitu berbeza . Dimana terdapatnya bangsa yang mempunyai berbezaan budaya tetapi semangat jati diri rakyat Malaysia tetap utuh dalam diri mereka .
1. Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara ,
- Contohnya Gulam Russel dan rakan-rakanya ikhlas untuk membangunkan Kampung Baru tanpa mengharapkan keuntungan semat-mata , sebaliknya ingin membantu penduduk Kampung Baru .
- Contohnya Gulam Russel gigih berusaha dengan membuat kajian untuk meyakinkan penduduk Kampung Baru menyokong projek pembangunan yang ingin dilakukan .
- Contonhya Joshua Ong telah memberi hadiah kepada Haji Pahlawan tetapi tidak diterima . Joshua Ong menghormati pendirian Haji Pahlawan dan mengalah .
No comments:
Post a Comment