Saturday, January 28, 2012

CERPEN ANAK GEMBALA SINOPSIS
Mat Seman seorang bekas askar yang pulang ke kampungnya di Lembah Bilut. Mat Seman telah kehilangan sebelah kakinya akibat terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh musuh sewaktu berkhidmat dalam angkatan tentera. Berbekalkan ilmu memelihara kerbau yang diwarisi daripada bapa dan datuknya, Mat Seman meneruskan pekerjaan tersebut dengan memelihara 6- ekor kerbau sebagai punca rezeki keluarganya. Masalah mula timbul apabila Penghulu Isa datang memberitahu Mat Seman bahawa Desa Anggun Batu Sebutir yang terletak di Lembah Bilut akan dibangunkan menjadi tempat peranginan. Mat Seman dan keluarganya pada mulanya amat gembira mendengar berita tersebut memandangkan sebelum ini mereka pernah menetap di kem askar di Perak yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air paip dan bekalan elektrik. Walau bagaimanapun, berita itu telah membuatkan Mat Seman gelisah kerana Mat Seman terpaksa memindahkan kerbau- kerbaunya ke kawasan lain. Mat Seman buntu apabila memikirkan masalah yang menimpa dirinya dan tidak sanggup menuruti arahan Penghulu Isa yang mahu memindahkan kerbau-kerbaunya di kaki bukit yang tidak mempunyai bekalan rumput yang mencukupi dan berdekatan dengan sarang harimau. Pada suatu hari, ketika Mat Seman dan anaknya sedang memberikan makanan kepada kerbau-kerbau peliharaannya, keluarga Mat Seman dgemparkan dengan kehadiran kumpulan pekerja bersama-sama kereta sodok yang ingin memugar Lembah Bilut. Mat Seman telah mengambil tindakan dengan melepaskan kerbau-kerbaunya ke arah kumpulan pekerja tersebut bagi menghalang kerja-kerja mereka. Kumpulan pekerja itu telah lari bertempiaran akibat terperanjat dengan kehadiran kumpulan kerbau yang sedang menuju ke arah mereka. Dalam keadaan tersebut, tiba-tiba sahaja dua buah kereta sodok telah dihidupkan enjinnya bagi menghalang kemaraan kumpulan kerbau itu. Akibatnya, malang bagi Mat Seman apabila dia terbunuh setelah dirempuh oleh kerbau-kerbaunya yang berpatah balik akibat ketakutan setelah mendengar enjin kereta sodok yang sedang menolak pokok-pokok untuk pembangunan

TEMA

Cerpen ini bertemakan kegigihan dalam mempertahankan hak dan maruah diri.Mat Seman digambarkan sebagai kelompok masyarakat desa yang menentang arahan pemimpin yang diwakili oleh Penghulu Isa daripada memindahkan 60 ekor kerbaunya dari Lembah Bilut ke kawasan kaki bukit. Mat Seman berusaha keras untuk mempertahankan haknya sebagai anak watan yang dibesarkan dalam keluarga yang pekerjaannya sebagai gembala kerbau daripada ditindas oleh pembangunan yang akan dijalankan di Lembah Bilut.

Persoalan

1. Pengorbanan seorang ketua keluarga
Mat Seman yang berkaki sebelah sanggup bersusah payah memelihara 60 ekor kerbau sebagai sumber rezeki mereka
dan bercita-cita menjadi contoh kepada warga Desa Anggun Batu Sebutir atas kegigihannya itu.

2. Kecintaan terhadap ilmu
Sutinah mempunyai hasrat untuk menghantar anak-anaknya melajutkan pelajaran ke universiti bagi mengubah nasib
mereka sekeluarga yang hidup dalam kemiskinan.

3. Keberanian seorang lelaki
Mat Seman mengambil tindakan untuk melepaskan kerbau-kerbaunya bagi menghalang kumpulan pekerja yang akan
memunggah Lembah Bilut. Namun demikian, akhirnya Mat Seman menjadi mangsa rempuhan kerbaunya sendiri yang
berpatah balik setelah takut mendengar deruman enjin kereta sodok.

4. Pemodenan dan pembangunan yang mengancam budaya hidup di desa.
Mat Seman berpandangan bahawa pembaharuan yang ingin dilakukan oleh Penghulu Isa untuk menjadikan Lembah Bilut
akan mengancam budaya desa yang diamalkan akibat kemasukan budaya baru seperti pergaulan bebas antara lelaki
dengan perempuan dan muzik rock.

Plot 1. Permulaan
Mat Seman dan keluarganya pulang ke Lembah Bilut setelah perkhidmatannya dalam angkatan tentera tamat akibat
kehilangan sebelah kakinya.

2. Perkembangan
Mat Seman memilih untuk meneruskan pekerjaan yang diwarisi daripada arwah bapa dan datuknya sebagai seorang
gembala kerbau.Hasil daripada duit yang diperoleh setelah tamat perkhidmatan dalam tentera, Mat Seman membuat
kandang dan membeli 60 ekor kerbau untuk diternak

3. Puncak / klimaks
Penghulu Isa datang berjumpa dengan Mat Seman untuk memberitahu bahasa Lembah Bilut akan dimajukan sebagai
sebuah pusat peranginan dan pelbagai kemudahan asas akan disediakan untuk keperluan penduduk kampung. Beliau
meminta Mat Seman memindahkan kerbau-kerbaunya ke tempat lain.

4. Penurunan
Mat Seman gembira menerima perkhabaran tersebut, namun dia tidak bersetuju untuk memindahkan kerbau-kerbaunya
ke kawasan lain.Penghulu Isa mencadangkan Mat Seman memindahkan kerbau-kerbaunya ke kawasan kaki bukit.
Mat Seman risau akan keselamatan kerbau-kerbaunya kerana kawasan tersebut tidak mempunyai bekalan rumput yang
mencukupi dan berdekatan dengan sarang harimau.

5. Peleraian
Kedatangan kumpulan pekerja yang ingin membina rumah kongsi di Lembah Bilut ketika Mat Seman sedang memberikan
makanan kepada kerbau-kerbaunya telah menyebabkan Mat Seman nekad melepaskan kerbau-kerbaunya untuk
merempuh pekerja tersebut.Malangnya,Mat seman telah terbunuh setelah drempuh oleh kerbau-kerbaunya yang
berpatah balik kerana ketakutan apabila mendengar deruman enjin kereta sodok yang dihidupkan oleh kumpulan
pekerja tersebut.

WATAK & PERWATAKAN

Mat Seman
1. Cucu Tuk Gembala Deraman.
2. Isterinya bernama Sutinah.
3. Mempunyai 4 orang anak (Sehak, Milah, Kiah dan Semah).
4. Bekerja sebagai seorang askar di kem askar, Perak sebelum menjadi seorang gembala kerbau.
5. Merupakan generasi ketiga yang mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau. (MS 79)
6. Memakai kaki palsu (cacat) – Kakinya remuk kena jerangkap samar ketika membuat operasi di sempadan menyebabkan kakinya telah dipotong. (MS 80)
7. Telah dihumban menjaga stor dengan kerja mengira tayar buruk, lori buruk dan macam-macam yang buruk setelah kakinya dipotong. (MS 81)
8. Seorang yang bersemangat tinggi dan tidak mudah berputus asa/menyerah kalah pada takdir atau nasib. (MS 81)
9. Pernah menjadi johan menembak, johan terjun dari udara, johan bermain senjata semasa masih bekerja sebagai seorang askar. (MS 81)
10. Memiliki kepakaran tentang kerbau. Cth: Mat Seman menghalau kerbaunya yang berjumlah 60 ekor pulang ke kandang dengan hanya menggunakan seruling. Seruling tersebut diperbuat daripada buluh sebesar ibu jari dan mempunyai bunyi seakan-akan suara kerbau. (MS 86)
11. Bercita-cita menjadi contoh kepada anak-anak Desa Angun Sebutir. Cth: Mat Seman pernah mengatakan bahawa membela kerbau juga boleh menjadi kaya jika kena caranya.
12. Seorang yang murah hati/suka bersedekah. Cth: Setiap hari Raya Haji, Mat Seman akan mengorbankan sekurang-kurangnya seekor kerbau & dagingnya akan dibahagi-bahagikan kepada seluruh anak kampung. (MS 86)
13. Seorang yang berdikari. Cth: Mat Seman tidak pernah meminta apa-apa bantuan daripada orang untuk mengusahakan kerbaunya. Mat Seman menggunakan wang sagu hati dia putus kaki untuk membeli mesin penyodok untuk menolak tahi-tahi kerbau ke tepi. (MS 85)
14. Tidak mahu orang lain menggugat haknya di Lembah Bilut yang sudah menjadi tempat keramat bagi keluarganya.
15. Meninggal dunia kerana dipijak kerbau-kerbaunya apabila terdengar bunyi jentera yang di Lembah Bilut.

Tuk Gembala Deraman
1. Datuk Mat Seman. (MS 79)
2. Merupakan gembala kerbau mula daripada budak belum bersunat lagi hinggalah meninggal. (MS 79)
3. Pakar tentang kerbau iaitu daripada tahi TGD tahu kerbau sakit dan begitu juga apabila kerbau demam, kerbau cerah perut, kerbau sudah bunting seminggu dan sampailah kerbau hendak berbini.

Ayah Mat Seman
1. Anak Tuk Gembala Deraman.
2. Merupakan generasi kedua yang mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau.
3. Menurunkan ilmu kerbau kepada Mat Seman tentang cara-cara menghalau kerbau pulang ke kandangnya iaitu dengan menggunakan bunyi seruling.
4. Meninggal kerana hidung dan gusinya berlubang disebabkan sakit resdung yang lama tidak berubat. (MS 82)

Sutinah
1. Isteri Mat Seman.
2. Tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau kerana baginya pekerjaan tersebut adalah hina dan tidak akan dihormati oleh orang lain. (MS 83)

LATAR
1. Latar Masa

a. Pada waktu petang
Mat Seman akan menghalau kerbau-kerbaunya masuk ke kandang apabila tiba waktu petang dengan menggunakan seruling.

Petang-petang dia akan tiup, tidak dengar sekali,dua kali,masuk tiga kali biasanya semuanya
memanjat lembah untuk pulang ke kandang.
(Halaman 80-81) b. Pada waktu pagi Sutinah dan anaknya ,Sehak keluar ke kandang kerbau untuk memberi kerbau-kerbau itu makan batang pisang Kerana hujan semalam-malaman,paginya lembap di sana sini,becak dan berair.tetapi, Sutinah dan Sehak sudahpun melambakkan batang pisang dalam kandang (Halaman 89)
2. Latar Tempat
a. Lembah Bilut
b. Desa Anngun Batu Sebutir
c. Di rumah Mat Seman
d. Di kandang kerbau

3. Latar Masyarakat
a. Masyarakat yang gigih berusaha walaupun kurang upaya
b. Masyarakat yang mahukan pemodenan
c. Masyarakat yang berpegang teguh kepada budaya tradisi
d. Masyarakat yang berkorban untuk mempertahankan hak

TEKNIK PENCERITAAN
1. Dialog (halaman 83)
2. Monolog (halaman 81)
3. Imbas kembali (halaman 80)
4. Kejutan (halaman 90)
5. Konflik(halaman 84-85)

GAYA BAHASA
1. Pemilihan diksi
Bahasa yang ringkas dan ekonomis. Penggunaan istilah yang tepat dan indah. penggunaan kata harian yang mudah
difahami.

2. Ayat perintah
"Sehak, buka pintu kandang cepat!" (halaman 90)

3. Ayat tanya

4. Simile
seperti kolek kebocoran di tengah sungai (halaman 82)

5. Repetisi
Hari-hari mandi habuk, kira tayar buruk, lori buruk, barang buruk dan macam-macam yang buruk (halaman 81)

6. Sinkope
"Dahlah Tinah,aku taulah apa nak buat" (halaman 89)

7. Metafora
Hati Mat Seman sudah dibancuh dengan batu bukit sejak kecil. (halaman 84)

SUDUT PANDANGAN

Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas. Cerpenis tidak terlibat secara langsung dalam cerpen ini. Hal ini terbukti apabila cerpenis menggunakan kata ganti nama diri orang ketiga dalam cerpennya iaitu "dia" dan "nya". cerpen ini lebih memberikan tumpuan pada watak Mat Seman yang memilih untuk meneruskan pekerjaan yang diwarisi daripada bapa dan datuknya sebagai gembala kerbau. Dia menghadapi npergolakan hidup dihimpit desakan arus pembangunan yang menginginkan Lembah Bilut dimajukan.

NILAI
1. Kegigihan untuk berusaha
2. Kepentingan memiliki ilmu
3. Ketaatan seorang isteri
4. Mempertahankan budaya tradisi
5. Berkorban

PENGAJARAN
1. Janganlah kita menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk terus berusaha mendapatkan kejayaan pada masa
hadapan.
2. Kepentingan mencintai dan memperoleh ilmu pengetahuan mampu menjadikan seseorang individu itu mengubah
taraf hidupnya.
3. Kita hendaklah mempertahankan budaya tradisi kerana budaya tradisi merupakan cerminan pada kehidupan masyarakat.
4. Kita hendaklah bersikap bertimbang rasa dalam menjalankan tanggung jawab sebagai seorang pemimpin.




Wednesday, January 25, 2012

PANTUN EMPAT KERAT : BUDI

Tema
Pantun ini bertemakan kemanusiaan dan kemasyarakatan yang berkaitan dengan kepentingan budi, jasa, kesopanan tutur kata dan tingkah laku dalam kehiduan manusia

Persoalan dan Maksud
Persoalan pantun ini berkaitan dengan kepentingan budi, jasa, dan kesopanan bagi membentuk insan yang dipandang mulia

Rangkap 1
Persoalan berkaitan dengan sanjungan dan terima kasih kerana menerima budi dan jasa. Maksudnya, seseorang yang menerima budi dan jasa baik seseorang akan sentiasa mengenangnya sepanjang masa.

Rangkap 2
Persoalan tentang berbudi dan berjasa sewaktu hidup. Maksudnya, semasa hidup di dunia, manusia digalakkan berbuat baik, banyak menabur budi dan jasa kerana manusia akan dihormati sewaktu hidup dan dikenang sesudah mati

Rangkap 3
Persoalan berkaitan budi jadi kenangan , mengenang budi. Maksudnya, budi yang diberikan kepada seseorang akan sentiasa diingat, dikenang dan dihargai sepanjang masa.

Rangkap 4
Persoalan berkaitan dengan nilai kesopanan, budi bahasa mengatasi kebendaan dan kekayaan. Maksudnya, masyarakat Melayu sangat menyanjung nilai budia bahasa, iaitu kesopanan mengatasi soal kebendaan , kekayaan atau kemiskinan seseorang.

Rangkap 5
persoalan berkaitan dengan pengaruh kekayaan dan budi terhadap kehidupan manusia. Maksudnya, walaupun kekayaan (emas dan perak)dianggap penting namun budi baik dan jasa juga dipandang tinggi dan dimuliakan serta disanjung orang sewaktu hidup di dunia.

Maksud Rangkai Kata terpilih.

1. Keladi - sejenis tumbuhan herba yang isinya dmakan

2. Selasih - sejenis tumbuhan herba dibuat ubat, berbau wangi

3. Ambil galah jolok ramunia - perbuatan menjolok menggunakan galah atau kayu panjang yang lurus. Buah ramunia- hampir sama seperti kundang

4. Buah delima - sejenis buah daripada tumbuhan renik, berwarna merah dan boleh dimakan

5. Anak dara berkain cukin - perempuan belum kahwin, gadis sunti memakai kain basahan mandi.

6. Daik - tempat di Acheh-Riau, Indonesia

7. Bulan puasa - tempoh masa sebulan bagi orang Islam beribadah puasa

8. Baju bercorak tiada benia - mungkin "benian" sejenis baju dalam

9. Emas dan perak pengarus dunia - barang perhiasan logam berharga yang berpengaruh di dunia yang mementukan kekayaan dan kehormatan seseorang.

Nilai
1. Mengenang budi
2. Berbuat baik sewaktu hidup
3. kesopanan dan budi bahasa mengatasi kebendaan dan kekayaan
4. Keseimbangan nilai kekayaan dan budi terhadap kehidupan manusia

Pengajaran
1. Kita hendaklah sentiasa memberikan sanjungan dan terima kasih kerana menerima budi dan jasa seseorang
2.Kita hendaklah sentiasa ingat , kenang dan hargai budi baik yang diberikan oleh seseorang sepanjang masa sewaktu hidup kita
3. Kita seharusnya menyanjung budi bahasa, kesopanan yang mengatasi soal kebendaan, kekayaan dan kemiskinan seseorang
4. Walaupun kekayaan dianggap penting,manusia perlu berbuat baik dan jasa seseorang dipandang tinggi dan mulia serta disanjung orang sewaktu hidup di dunia.

KERJA RUMAH

ASSALAMUALAIKUM ANAK ANAK YANG DISAYANGI....BACA DAN SALIN MAKLUMAT BERIKUT KE DALAM RAJAH MINDA.

PANTUN EMPAT KERAT : NASIHAT

Tema
Tema pantun ialah kemanusiaan dan kemasyarakatan. Pantun ini memberikan nasihat kepada manusia ke arah membentuk peribadi mulia.

Persoalan dan maksud
Persoalan pantun ini berkaitan dengan nasihat kepada manusia tentang pentingnya menjaga kelakuan,sikap, dan budi bahasa dalam masyarakat

Rangkap 1
Persoalan berkaitan dengan menjadi manusia yang berguna dan sentiasa menolong orang lain. Maksudnya nasihat agar suka menolong orang , memandu orang dalam kesusahan,kesulitan seperti sebiji bintang yang menyinari langit gelap pada waktu malam untuk memandu ke arah perjalanan manusia.

Rangkap 2
Persoalan tentang sikap buruk orang yang suka membuat kecoh.Maksudnya, nasihat agar kita jangan suka membuat kecoh atau heboh apabila mendapat sesuatu atau berhadapan dengan masalah yang kecil

Rangkap 3
Persoalan tentang sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Maksudnya, apabila melakuka sesuatu pekerjaan, lakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya da hasilnya maksimum.

Rangkap 4
Persoalan tentang kesan buruk hasil daripada melakukan sesuatu yang tidak baik. Maksudnya, mendapat ssah kerana melakukan sesuatu yang tidak elok, tidak berfikir sewaktu bertindak. Apabila sudah berlaku, tidak guna menyesal. Sama seperi perbuatan memusnahkan tebuan, menyebabkan badan sakit kerana disengat tebuan berbisa tersebut.

Rangkap 5
Persoalan tentang sikap tamak yang membawa kerugian. Maksudnya, sikap tamak akan menyebabkan seseorang mengalami kerugian berganda. Apa yang sedia ada mungkin hilang sedangkan apa yang dihajati belum tentu dapat hasilnya.

Maksud rangkai kata terpilih

1. Kolam - bekas yang diperbuat daripada batu atau simen yang diisi dengan air untuk mandi atau untuk mengambil air sembahyang

2. Masjid - bangunan tempat orang Islam beribadat

3. Sembahyang Raya - ibadat suci umat Islam selepas ibadah puasa (Aidil Fitri) atau nselesai menunaikan ibadah haji (Aidil Adha)

4. Bayam - sejenis sayur berdaun hijau atau merah

5. Kantung - kocek.saku,poket, pundi-pundi, kampit

6.Menjeruk asam - buah-buahan yang diasamkan, dijadikan masam

7. Pekasam - ikan atau daging yang digarami

8. Golok - sejenis parang kecil yang matanya diasah melengkung

9. Puan - bekas sirih yang diperbuat daripada logam, biasanya digunakan okeh permaisuri , pengantin perempuan atau sebagai tanda kekuasaan raja.

10. Jolok sarang tebuan - perbuatan merodok tebuan dengan galah atau kayu

11. Anak indung - anak ibu, induk pada benda atau binatang

12. Anak ketitir - sejenis burung merbuk

13. Anak merbah -sejenis burung

14. Kendong - membawa barang dengan membungkusnya di salam kain.


Nilai
1. menjadi manusia yang berguna, sentiasa menolong orang lain
2. Sikap buruk orang yang suka buat kecoh
3. Sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu
4. Kesan buruk hasil daripada melakukan sesuatu yang tidak baik
5. Sikap tamak yang membawa kerugian

Pengajaran
1. kita hendaklah sentiasa suka menolong orang serta memandu orang lain yang berada dalam kesusahan dan kesulitan.
2. Janganlah kita suka buat kecoh atau heboh apabila mendapat sesuatu atau berhadapan dengan masalah yang kecil .
3. Kita perlu melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh hingga berjaya
4. Janganlah kita melakukan sesuatu yang tidak elok dan tidak berfikir sewaktu bertindak
5. Usahlah kita bersikap tamak dalam mendapatkan sesuatu yang dihajati

Monday, January 16, 2012

Anak-Anak Pejuang
Ghazali Lateh
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan tentang seorang ayah iaitu Pak Denan yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Pak Denan telah menyuarakan hasrat kepada kedua-dua anaknya bahawa dia ingin ke Kuala Lumpur hujung bulan ini. Namun hasrat itu ditentang oleh kedua-dua anaknya iaitu Abdul Rahman dan Abdul Razak. Tujuan Pak Denan adalah ingin merayakan sambutan Hari Kemerdekaan Negara. Namun akhirnya anak-anak Pak Denan beralah kepada ayahnya. Oleh kerana anaknya tidak muncul-muncul juga Pak Denan telah mengikut Ah Bee ke Kuala Lumpur. Namun apabila Abdul Rahman sampai di rumah pada pagi esoknya, didapatinya ayahnya sudah tiada. Apabila Abdul Rahman berhenti di kedai kopi Maniam dia terlihat ayahnya di kaca televisyen. Ayahnya telah berada di Kuala Lumpur menyertai perarakan Hari Kemerdekaan. Abdul Rahman dan Abdul Razak akhirnya menemui ayahnya di hadapan tugu Negara. Namun ayahnya amat kesal dengan kedua-dua anaknya itu. lalu kedua-duanya menyesal kerana melupakan perjuangan ayahnya suatu ketika dahulu. Pada hari itu barulah mereka sedar bahawa mereka adalah anak-anak pejuang.


Tema Semangat Patriotik atau cintakan Negara. “Pak Denan hanya diam ketika itu. fikirannya melayang jauh ke lorong sejarah yang pernah dilaluinya. Dia pejuang. Pejuang kemerdekaan”(hal.71). Persoalan a.Tanggungjawab kepada orang tua Abdul Rahman dan Abdul Razak yang sering melawat ayahnya di kampung. “Kami boleh balik setiap bulan untuk mejenguk ayah”(hal.71) b.Perpaduan antara kaum Antara Masyarakat Melayu dan Cina. “ketika darurat dahulu, anak Ah Yau itu memerap di rumahnya.”(hal.74) Aspek Bahasa Bahasa yang mudah difahami Hiperbola “Bebayang mula rebah merentasi laman rumah yang semakin dipenuhi semak”(hal.70). Simile “Seperti barisan askar yang berbondang-bondang menuju ke medan perang”(hal.76) Metafora “Lorong sejarah”(hal.71) Pemilihan kata/Diksi Kata-kata yang mudah difahami. Penggunaan kata-kata sehari-harian. “Jika mereka tidak pulang, dia yang akan pergi”(hal.70) Penggunaan kata ganda “anak-anaknya, sekali-sekala,mundar-mandir,bebayang”(hal.70) Aliterasi “Dalam samar-samar malam, Pak Denan berjalan ke simpang jalan”(hal.74) perulangan konsonan ‘M’ sebanyak 6 kali. “Ayah duduklah di rumah”(hal.71) perulangan konsonan ‘D’ sebanyak 3 kali. Asonansi “Hari ini Hari Kemerdekaan”(hal.78) perulangan vokal ‘I’ sebanyak 4 kali. “Maafkan kami, ayah”(hal.77) perulangan vocal ‘A’ sebanyak 4 kali. Teknik Teknik dialog Contohnya “Ayah nak ke Kuala Lumpur hujung bulan ini… Buat apa ayah susah-susah nak ke Kuala Lumpur?”(hal.70-71). Contohnya “Pak Nan, malam-malam mana mau pergi, tegur Ah Bee dari atas lori kecilnya. Ah Bee malam ini ada hantar sayur ka? Esok hari besar, tak cuti? Balas Pak Denan”(hal.74) Imbas kembali Contohnya “Lima tahun usia Abdul Razak, isteri Pak Denan menghembuskan nafas terakhir”(hal.72) Contohnya “Di situ jugalah lebih 45 tahun yang lalu dia bersama-sama penduduk lain bermesyuarat untuk meniupkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk setempat”(hal.73) Monolog dalaman Contohnya “Ah … masa itu sudah berlalu,fikirnya”(hal.73) Contoh, “Ah … menyusahkan! Abdul Rahman mendengus dalam hati”(hal.76) Pemerian Contohnya “Pak Denan berjalan gagah di barisan depan, lengkap berbaju Melayu dan bertenggkolok. Di pinggangnya tersisip sebilah keris. Tidak ubah seperti seorang pahlawan bersiaga ke medan juang. Cuma langkahnya nampak goyah kerana bertongkat”(hal.76) Konflik Luaran Contoh, “Siapa kamu? Tanya Pak Denan setelah anak-anaknya tunduk untuk meminta maaf. Aku tak ada anak. Anak-anak aku dah mati. Aku bangga mereka mati kerana mempertahankan negara”(hal.77). Suspen Contoh, “Apabila Abdul Rahman sampai pagi esoknya, rumah ayahnya kosong dan berkunci. Anak pejuang itu terkejut. Puas dicari di serata kampung, orang tua itu tiadak ada”(hal.76). Plot Plot cerpen ini mengikut kronologi. Permulaan Pada bahagian ini pengarang menunjukkan watak-watak yang terlibat. Contohnya “Sepatutnya Abdul Rahman sudah pulang dengan kembarnya”(hal.70). Perkembangan Permintaan Pak Denan tidak dipersetujui oleh anak-anaknya. Namun Pak Denan tetap merayu agar dia dapat menghadirkan diri pada sambutan Hari Kemerdekaan. Akhirnya anak-anak Pak Denan bersetuju akan permintaan ayah mereka itu. Contohnya “Pak Denan tetap memujuk Abdul Rahman. Seminggu selepas itu ketika Abdul Razak pulan, itulah juga permintaannya. Dia merayu lagi. Dia memujuk lagi. Hasratnya memang besar. Sekali pun cukuplah katanya.”(hal.73) Puncak/klimaks Pada tahap ini ketika Abdul Rahman pulang ke kampung, pada pagi hari Sambutan kemerdekaan. Didapati ayahnya telah tiada di rumah. Kedua beradik itu saling menuding jari ke atas kehilangan Pak Denan. “Apabila Abdul Rahman sampai pagi esoknya, rumah ayahnya kosong dan berkunci. Anak pejuang itu terkejut. Puas dicari di serata kampung, orang tua itu tiadak ada”(hal.76). Penurunan/peleraian Pak Denan sebenarnya telah berada di Kuala Lumpur. Dia menyertai perarakan tersebut. Kemudian terlihat oleh Abdul Rahman wajah ayahnya di kaca televisyen. Lalu kedua beradik itu pergi bertemu ayahnya. Contohnya “Pak Denan masuk TV! Pak Denan masuk TV!”(hal.76) Penyelesaian Abdul Rahman dan Abdul Razak bertemu ayahnya di Tugu Negara. Pada masa itu barulah mereka sedar kesilapan masing-masing. Selain itu mereka menyedari bahawa mereka adalah anak-anak pejuang. Contohnya “ Cuma kali ini anak-anaknya itu yang berpandangan sesame sendiri. Berdiam seketika seperti menginsafi diri”(hal.77). Watak dan Perwatakan Watak utama Pak Denan - Ayah kepada dua orang anak - Lelaki yang telah berumur/lelaki tua - Kematian isteri/duda - Semangat cintakan Negara yang tinggi - “Pak Denan hanya diam ketika itu. fikirannya melayang jauh ke lorong sejarah yang pernah dilaluinya. Dia pejuang. Pejuang kemerdekaan”(hal.71). - Seorang yang berani. - “Dalam samar-samar malam, Pak Denan berjalan ke simpang jalan”(hal.74) - Seorang yang tetap pendirian. - “Jika mereka tidak pulang, dia yang akan pergi.Nekad! itulah yang bertulis di kotak fikirannya sejak petang tadi”(hal.70) Watak sampingan: Abdul Rahman - Anak Sulung Pak Denan - Golongan elit - Abang Abdul Razak - Seorang yang bertanggungjawab. - Sering pulang ke kampung untuk melawat ayahnya. “Pak Denan memberitahu Abdul Rahman yang pulang hujung minggu baru-baru ini”(hal.70) - Seorang yang angkuh dan sombong. - “Lagi pun tidak ramai golongan elit sepertinya yang sanggup bersusah payah ke Dataran Merdeka untuk melihat perarakan itu”(hal.72-73) - Seorang yang menginsafi kesilapan. - “Maafkan kami ayah. Selama ini kami terlupa bahawa kami anak seorang pejuang. Perlahan sekali suara Abdul Rahman”(hal.77) Abdul Razak - Anak kedua Pak Denan - Adik kepada Abdul Rahman - Seorang yang bertanggungjawab. - Sering pulang ke kampung melihat ayahnya. “Seminggu selepas itu ketika Abdul Razak pulang …”(hal.73) - Seorang yang menjaga hati ayahnya. - Sering pulang ke kampung melihat ayahnya. “Seminggu selepas itu ketika Abdul Razak pulang …”(hal.73) - Seorang yang menjaga hati ayahnya. - “… Abdul Razak terpaksa bersetuju. Pura-pura bersetuju”(hal.73) Ah Bee - Berbangsa cina - Bekerja sebagai peniaga sayur - Seorang yang rajin bekerja. - “Kerja macam saya mana ada cuti, kalau saya cuti, orang Kuala Lumpur tak makan sayurlah!. Jawab Ah Bee sambil tergelak kecil”(hal.74) - Seseorang yang mengenang budi. - “Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa Pak Denan”(hal.74) - Seorang yang baik hati - “Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa Pak Denan. Ada sahaja sumbangan yang dihulurkan”(hal.74) Latar Latar Masyarakat. Masyarakat kampung yang berjiwa patriotisme. Ditonjolkan melalui watak Pak Denan. “Pak Denan mundar-mandir di ruang serambi rumah tua di hujung kampung”(hal.70). Masyarakat Bandar daripada golongan elit. Digambarkan oleh watak Abdul Rahman dan Abdul Razak. “Baginya kedatangan ayahnya ke Kuala Lumpur akan lebih menyusahkan hidupnya. Lagipun, tidak ramai golongan elit sepertinya yang sanggup bersusah payah ke Dataran Merdeka untuk melihat perarakan itu”(hal.72-73). Latar Masa. Pagi “Apabila Abdul Rahman sampai pagi esoknya, rumah ayahnya kosong dan berkunci. Anak pejuang itu terkejut. Puas dicari di serata kampung, orang tua itu tiada ada”(hal.76). Petang “Itulah yang tertulis dalam kotak fikirannya sejak petang tadi”(hal.70) Malam “Pak Nan, malam-malam mana mau pergi, tegur Ah Bee dari atas lori kecilnya. Ah Bee malam ini ada hantar sayur ka? …”(hal.74). Zaman Penjajahan “Akhirnya, penentangan itu berhasil apabila Malcome Macdonald membentuk sebuah jawatankuasa untuk menyelesaikan tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union”(hal.72). Latar Tempat Rumah Pak Denan “Apabila Abdul Rahman sampai pagi esoknya, …”(hal.76). Kuala Lumpur “Kehadiran ayahnya di Kuala Lumpur menyusahkan dirinya berbanding …”(hal.71) Dataran Merdeka “… yang sanggup bersusah payah ke Dataran Merdeka untuk melihat …”(hal.72-73). Kedai Kopi Maniam “… di kedai kopi Maniam …”(hal.76) Tugu Negara/Kebangsaan “… ditemui berbaring di kaki Tugu Kebangsaan”(hal.71) Rumah Abdul Rahman “Dahulu, ketika datang ke rumah Abdul Rahman, dia hilang dari rumah”(hal.71) Sudut Pandangan Sudut pandangan orang ke tiga. Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang ke tiga serba tahu. Pegarang banyak menggunakan kata ganti nama ketiga iaitu “dia”. Pengajaran Kita mestilah mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam diri. “Pak Denan berjalan gagah di barisan depan, lengkap berbaju Melayu dan bertenggkolok. Di pinggangnya tersisip sebilah keris. Tidak ubah seperti seorang pahlawan bersiaga ke medan juang. Cuma langkahnya nampak goyah kerana bertongkat”(hal.76). Seorang anak mestilah menunaikan tanggungjawab ke atas orang tuanya. Abdul Rahman dan Abdul Razak sering pulang ke kampung untuk melawat ayahnya.“Pak Denan memberitahu Abdul Rahman yang pulang hujung minggu baru-baru ini”(hal.70) Kita haruslah sentiasa mengenang jasa orang lain. “Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa Pak Denan”(hal.74) Nilai Nilai Kemanusiaan Baik Hati “Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa Pak Denan. Ada sahaja sumbangan yang dihulurkan”(hal.74) Mengenang Jasa “Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa Pak Denan”(hal.74) Bertanggungjawab Tanggungjawab anak-anak kepada orang tuanya.“Pak Denan memberitahu Abdul Rahman yang pulang hujung minggu baru-baru ini”(hal.70) Nilai Kemasyarakatan Bantu-membantu “ketika darurat dulu, anak Ah Yau itu memerap di rumahnya. Mereka sama-sama tidur sekelambu dalam parit besar yang kering ketika apa kekacauan memuncak”(hal.74 ihsan

BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN

Puisi Tradisional
PANTUN

Ciri-ciri Pantun

o Sebuah pantun wujud dalam satu
rangkap yang sempurna dari segi maknanya.
o Setiap rangkap pantun terbahagi
kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud. o Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang,
manakala baris tiga
dan empat adalah maksud.
o Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan
baris kedua adalah maksud

Contoh: o Pantun Empat Kerat Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.
Contoh:
o Pantun Dua Kerat Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati.
Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar. o
Bagi pantun dua kerat, rima akhir
dalam bentuk ‘aa’ . o pantun empat kerat, rima akhir dalam bentuk ‘abab’ o Contohnya: Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)
Gunung Daik bercabang tiga, (b)
Hancur badan dikandung tanah, (a)
Budi yang baik dikenang juga. (b)

Setiap baris dalam pantun
mempunyai 4 hingga 5 perkataan.
Contoh: Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
o Setiap baris dalam pantun
mempunyai 8 hingga 12 suku
Pantun Dua Kerat
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong, lama-lama mencuri.
Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih.
Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.
Mentimun bongkok di balik tiang, Ayam berkokok alamat nak siang.
JENIS PUISI

Puisi adalah bentuk karangan yang terkikat oleh rima, ritma, ataupun jumlah baris serta ditandai oleh bahasa yang padat. Menurut zamannya, puisi dibedakan atas puisi lama dan puisi baru.
A. PUISI LAMA Puisi lama adalah puisi yang terikat oleh aturan-aturan.
Aturan- aturan itu antara lain :
- Jumlah kata dalam 1 baris - Jumlah baris dalam 1 bait - Persajakan (rima) - Banyak suku kata tiap baris - Irama
1. Ciri-ciri Puisi Lama
a) Merupakan puisi rakyat yang tak dikenal nama pengarangnya.
b) Disampaikan lewat mulut ke mulut, jadi merupakan sastra lisan.
c) Sangat terikat oleh aturan-aturan seperti jumlah baris tiap bait, jumlah suku kata maupun rima.
2. Jenis Puisi Lama Yang termasuk puisi lama adalah :
a) Mantra adalah ucapan-ucapan yang dianggap memiliki kekuatan gaib.
b) Pantun adalah puisi yang bercirikan bersajak a-b-a-b, tiap bait 4 baris, tiap baris terdiri
dari 8-12 suku kata, 2 baris awal sebagai sampiran, 2 baris berikutnya sebagai isi.
Pembagian pantun menurut isinya terdiri dari pantun anak, muda-mudi, agama/nasihat, teka-teki, jenaka.
c) Karmina adalah pantun kilat seperti pantun tetapi pendek.
d) Seloka adalah pantun berkait.
e) Gurindam adalah puisi yang berdirikan tiap bait 2 baris, bersajak a-a-a-a, berisi nasihat.
f) Syair adalah puisi yang bersumber dari Arab dengan ciri tiap bait 4 baris, bersajak a-aa-a, berisi nasihat atau cerita.
g) Talibun adalah pantun genap yang tiap bait terdiri dari 6, 8, ataupun 10 baris .
3. Contoh dari Jenis-jenis Puisi Lama a) Mantra
Assalammu’alaikum putri satulung besar Yang beralun berilir simayang Mari kecil, kemari Aku menyanggul rambutmu Aku membawa sadap gading Akan membasuh mukamu

b) Pantun
Kalau ada jarum patah

Jangan dimasukkan ke dalam peti

Kalau ada kataku yang salah

Jangan dimasukan ke dalam hati

c) Karmina

Dahulu parang, sekarang besi (a)
Dahulu sayang sekarang benci (a)

d) Seloka
Lurus jalan ke Payakumbuh,
Kayu jati bertimbal jalan
Di mana hati tak kan rusuh,

Ibu mati bapak berjalan

e) Gurindam

Kurang pikir kurang siasat (a)
Tentu dirimu akan tersesat (a)
Barang siapa tinggalkan sembahyang ( b )
Bagai rumah tiada bertiang ( b )
Jika suami tiada berhati lurus ( c )
Istri pun kelak menjadi kurus ( c )

f) Syair
Pada zaman dahulu kala (a)
Tersebutlah sebuah cerita (a)
Sebuah negeri yang aman sentosa (a)

Dipimpin sang raja nan bijaksana (a)

g) Talibun
Kalau anak pergi ke pekan

Yu beli belanak pun beli sampiran
Ikan panjang beli dahulu
Kalau anak pergi berjalan
Ibu cari sanak pun cari isi
Induk semang cari dahulu

4. Ciri-ciri dari jenis puisi lama

a) Mantra
Ciri-ciri:
Ø Berirama akhir abc-abc, abcd-abcd, abcde-abcde.
Ø Bersifat lisan, sakti atau magis.

Ø Adanya perulangan.

Ø Metafora merupakan unsur penting.

Ø Bersifat esoferik (bahasa khusus antara pembicara dan lawan bicara) dan misterius.

Ø Lebih bebas dibanding puisi rakyat lainnya dalam hal suku kata, baris dan persajakan.

b) Pantun
Ciri – ciri :

Ø Setiap bait terdiri 4 baris.

Ø Baris 1 dan 2 sebagai sampiran.

Ø Baris 3 dan 4 merupakan isi.

Ø Bersajak a – b – a – b.
Ø Setiap baris terdiri dari 8 – 12 suku kata.

Ø Berasal dari Melayu (Indonesia).
c) Karmina

Ciri-ciri :
Ø Setiap bait merupakan bagian dari keseluruhan.

Ø Bersajak aa-aa, aa-bb.

Ø Bersifat epik: mengisahkan seorang pahlawan.
Ø Tidak memiliki sampiran, hanya memiliki isi.
Ø Semua baris diawali huruf kapital.
Ø Semua baris diakhiri koma, kecuali baris ke-4 diakhiri tanda titik.
Ø Mengandung dua hal yang bertentangan yaitu rayuan dan perintah.
d) Seloka
Ciri-ciri :

Ø Ditulis empat baris memakai bentuk pantun atau syair.

Ø Namun ada seloka yang ditulis lebih dari empat baris.
e) Gurindam

Ciri-ciri :

Ø Baris pertama berisikan semacam soal, masalah atau perjanjian.

Ø baris kedua berisikan jawabannya atau akibat dari masalah atau perjanjian pada baris
pertama tadi.
f) Syair
Ciri-ciri :

Ø Terdiri dari 4 baris.
Ø Berirama aaaa.
Ø Keempat baris tersebut mengandung arti atau maksud penyair.

g) Talibun

Ciri-ciri:

Ø Jumlah barisnya lebih dari empat baris, tetapi harus genap misalnya 6, 8, 10 dan seterusnya.
Ø Jika satu bait berisi enam baris, susunannya tiga sampiran dan tiga isi.

Ø Jika satu bait berisi delapan baris, susunannya empat sampiran dan empat isi.

Ø Apabila enam baris sajaknya a – b – c – a – b – c.

Ø Bila terdiri dari delapan baris, sajaknya a – b – c – d – a – b – c – d.



Sunday, January 8, 2012

Cerpen Gelungnya Terpokah

Sinopsis
Cerpen ini berkisar dikampung Banggol Derdap yang didiami oleh masyarakat pesawah.Cerita bermula dengan watak utamanya Jusoh mendapati petak sawahnya kering kerana gelungnya terpokah.Jusoh menuduh perbuatan itu dilakukan oleh Berahim.Jusoh ingin membalas dendam dengan menuangkan cuka getah ke belakang kerbau Berahim atas cadangan isterinya.Berahim mengalami kerugian kerana kerbaunya mati.Orang kampong gempar dan menuduh Jusoh gila dan ditahan oelh orang kampong dan di bawa ke rumah penghulu.

Tema
Bertemakan tentang Pergolakan hidup berjiran dalam masyarakat pesawah padi.contoh: Jusoh dan Berahim hidup berjiran dan sawah mereka masing-masing bersebelahan antara satu sama lain.Jusoh menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah sehingga kering air.Akibatnya Jusoh berdendam dan melakukan niat jahat dengan mencurah cuka getah ke belakang kerbau Berahim .Akibatnya berahim mengalami kerugian kerana kematian kerbaunya.

Persoalan
1. kegigihan pesawah membanting tulang mencari rezeki.contoh: Jusoh merupakan seorang pesawah yang gigih membanting tulang empat kerat dengan mengusahakan sawah padi semata-mata untuk memastikan isteri dan tujuh anaknya tidak kebuluran.
2. hasad dengki dan dendam.contoh: Jusoh menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah sehingga kering airnya.Akibatnya Jusoh berdendam sehingga sanggup mengkhianati jirannya itu dengan mencurah cuka getah ke belakang kerbau berahim sehingga menyebabkan berahim mengalami kerugian kerana kerbaunya mati.
3. kamiskinan hidup.contoh:Jusoh sekeluarga hidup miskin dan hanya bergantung kepada tanaman padi sawahnya.
4. fitnah atau tuduh menuduh tanpa bukti.contoh; Jusoh menuduh berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah.ini kerana petak sawah berahim bersebelahan dengan petak sawah Jusoh.Akibatnya Jusoh mencurah cuka getah ke belakang kerbau berahim menyebabkan kerbau tersebut mati.

Watak perwatakan

Senarai watak
1. Jusoh
2. Berahim
3. BiniJjusoh
4. Sahak-anak bongsu Jusoh
5. Penghulu Sudin
6. Lebai Karim


Perwatakan

Jusoh
1. seorang petani yang bergantung hidup dengan menanam padi
2. hidup miskin tetapi bahagia bersama keluarga
3. mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak
4. anak bongsunya bernama sahak
5. mempunyai seekor kerbau yang membantunya di bendang
6. hamper 20 tahun hidup bersama isterinya
7. merupakan watak utama cerpen
8. digambarkan seorang yang cekal,gigih bekerja
9. seorang yang panas baran
10. menuduh berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah
11. berdendam dengan berahim
12. mencurah cuka getah ke belakang kerbau berahim sehingga kerbau berahim mati
13. dituduh gila oleh orang kampong
14. suka bergurau dengan isteri.

Isteri Jusoh
1. watak sampingan
2. isteri kepada Jusoh
3. ibu beranak 7
4. anak bongsunya bernama sahak
5. hamper 20 tahun hidup dengan Jusoh
6. mencadangkan supaya suaminya mencurah cuka getah ke belakang kerbau berahim

Berahim
1. Jiran Jusoh
2. mempunyai petak sawah yang bersebelahan dengan petak sawah Jusoh
3. bekerja sebagai petani
4. di tuduh oleh Jusoh yang menyebabkan gelung padinya pokah
5. mempunyai seekor kerbau yang membantunya disawah .tetapi kerbaunya mati kerana terkena cuka getah yang di curah oleh Jusoh

pengajaran/mesej/amanat
1. kita mestilah gigih bekerja untuk mencari rezeki.contohnya; jusoh seorang yang gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang dia membanting tulang empat keratnya menyiapkan gelung padinya .
2. kita janganlah suka menuduh seseorang tanpa sebarang bukti.contoh;Jusoh menuduh berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah.Ini kerana petak sawah jusoh dan berahim adalah bersebelahan.
3. kita janganlah mengkhianati atau berdendam sesama manusia.contoh ;jusoh berdendam dengan berahim kerana menganggap berahim punca gelung padinya pokah.akibatnya,jusoh mencurah cuka getah ke belakang kerbau berahim sehingga menyebabkan berahim mengalami kerugian setelah kehilangan kerbaunya
4. kita janganlah menganiayai binatang,contoh jusoh menganiayai binatang iaitu kerbau berahim dengan mencurah cuka getah ke belakang kerbau tersebut.walaupun kerbau tersebut tidak bermusuhan dengan jusoh
5. kita mestilah menyiasat terlebih dahulu sebelum tuduhan dibuat.contoh;jusoh menuduh berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah sehingga kekeringan air.tuduhan yang dibuat oleh jusuh adalah secara membabi buta tanpa usul periksa,akibatnya jusuh berdendam dan bertindak jahat dengan mencurah cuka getah ke belakang kerbau kesayangan berahim
6. kita hendaklah bersabar apabila menghadapi musibah.contohnya;jusuh tidak sabar dan hilang kewarasan apabila gelung padinya pokah sehingga menuduh berahim puncanya

nilai kemanusiaan
1. nilai kegigihan contoh ; jusoh seorang yang gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang dia membanting tulang empat keratnya menyiapkan gelung padinya .
2. nilai kemesraan contoh; hubungan jusoh dengan isterinya sangat mesra buktinya jusoh sempat mengusik isterinya didapur sehinggakan anak-anak mereka tertawa melihat telatah ibubapa mereka
3. nilai keprihatinan contoh;penduduk kampong berbondong-bondong ke rumah berahim semata-mata untuk melihat kerbau berahim yang dicurah cuka getah oleh jusoh
4. nilai kasih sayang contoh;jusoh sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya sehinggakan dia sanggup bekerja dipetak sawah pagi dan petang


gambaran/citra/latar masyarakat
1. masyarakat petani contoh;jusoh dan berahim antara penduduk kampong yang bekerja sebagai petani dengan menjadikan tanaman padi sebagai sumber pendapatan utama
2. masyarakat yang gigih berusaha,contoh jusoh seorang yang gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang dia membanting tulang empat keratnya menyiapkan gelung padinya .
3. masyarakat yang bersikap pendendam,contoh; jusoh berdendam dengan berahim kerana menganggap berahim punca gelung padinya pokah.akibatnya,jusoh mencurah cuka getah ke belakang kerbau berahim sehingga menyebabkan berahim mengalami kerugian setelah kehilangan kerbaunya
4. masyarakat kampong yang gigih bekerja,contoh; ; jusoh seorang yang gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang dia membanting tulang empat keratnya menyiapkan gelung padinya .
5. masyarakat yang suka menuduh tanpa bukti nyata,contoh; jusoh menuduh berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah sehingga kekeringan air.tuduhan yang dibuat oleh jusuh adalah secara membabi buta tanpa usul periksa,akibatnya jusuh berdendam dan bertindak jahat dengan mencurah cuka getah ke belakang kerbau kesayangan berahim
6. masyarakat petani yang bergantung kepada haiwan ,contoh;jusoh menggunakan kerbau untuk membajak tanah sawahnya.

Latar tempat
-banggol derdap
-sawah padi
-di rumah jusoh
-di rumah berahi