Tuesday, February 14, 2012

DRAMA MUZIKAL KAMPUNG BARU

PLOT

Permulaan

Klip video berkaitan pemandangan yang menjijikkan di sekitar Kampung Baru yang diambil oleh Rosemera telah berjaya menarik perhatian penduduk Kampung Baru.Nesan dan Jalad menyatakan reaksi yang kurang senang dengan paparan tersebut. Gulam Russel dan isterinya Ratnasari cuba memeprtahankan tindakan Rosemera dan ketegangan ini kemudiannya ditenangkan oleh Cik Pa.

Perkembangan

Cadangan Gulam Russel untuk memajukan Kampung Baru telah mendapat tentangan daripada Haji Palawan,seorang warga emas yang merupakan anak jati kelahiran Kampung Baru.Haji Palawan mahu mengekalkan cara hidup yang konvensional di Kampung Baru dan tidak mahu menerima sebarang pembaharuan. Malah, Haji Palawan juga memeprsoalkan keturunan Gulam Russel sebagai bangsa Melayu yang mahu membangunkan Kampung Baru.

Puncak / klimaks

Atas hasutan Nesan dan Jalad, Ratnasari dan rosemera gagal mendapatkan persetujuan Raja Molek untuk membantu mereka membiayai pembangunan yang akan dijalankan di Kampung Baru, sebaliknya Raja Molek meminta mereka untuk menabalkannya sebagai seorang raja di Malaysia kerana Raja Molek mengakui bahawa asal usul keturunannya berdarah raja.

Penurunan

Kehadiran Haji Palawan dalam keadaan yang marah dan tidak berpuas hati terhadap pemimpin negara seperti Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman yang selama ini mengabaikan tanggungjawab untuk memajukan Kampung Baru ke rumah Gulam Russel telah memberikan peluang kepasa Ratnasari untuk menceritakan semula sejarah pembinaan negara. Gulam Russel pula mengambil peluang tersebut untuk menerangkan rancangan memajukan Kampung Baru itu yang akan dibiayai oleh pemodal tempatan.

Peleraian

Pembentangan pelan perancangan memajukan Kampung Baru secara multimedia telah berjaya menarik minat penduduk Kampung Baru untuk menerima cadangan Gulam Russel dan kumpulannya. Raja Molek meminta Gulam Russel menceritakan bagaimana idea perancangan Kampung Baru itu diperoleh dan akhirnya mereka sebulat suara bersetuju untuk menerima cadangan tersebut.

No comments:

Post a Comment