Tuesday, February 14, 2012

DRAMA MUZIKAL KAMPUNG BARU

TEKNIK PENCERITAAN

1. Babakan
Pengarang dalam drama ini telah mempersembahkan perjalanan drama ini dalam bentuk babak. terdapat tujuh babak
dalam drama Muzikal Kampung Baru.

2. Dialog
Secara keseluruhan, teknik berdialog digunakan sebagai interaksi antara watak. Ini dapat dilihat pada contoh dialog
antara watak-watak berkisarkan cadangan Gulam Russel yang ingin memajukan Kampung Baru. Contohnya:
GULAM RUSSEL : Bang! (Bersalaman dengan CIK PA) Kami ada cadangan pelan Pembangunan Kampung Baru tengah siapkan project brief.Adik saya yang ambil gambar,macam-macam gambarlah,ada yang elok, ada
yang
tak elok!
CIK PA : Apa salahnya ambil gambar? (Halaman 163 )

3. Prolog
Prolog merupakan gimik pembukaan sesebuah penceritaan drama. Contohnya:
Drama ini dimulai dengan lagu Kampung Baru Baru.

4.
Epilog
Epilog merupakan gimik penutupan bagi sesebuah persembahan drama. contohnya:
Drama ini diakhiri dengan lagu Kampung Baru Baru

5.
Kejutan
Sebagai usaha untuk menggerakkan plot dalam drama, unsur kejutan telah digunakan oleh pengarang drama ini.

6. Konflik
Pertikaian antara golongan muda dengan golongan tua sering dipaparkan dalam drama ini.

7. Imbas Muka
Harapan pengarang drama terhadap perubahan Kampung Baru disampaikan dengan menggunakan teknik imbas muka.

Gaya Bahasa
1. Pemilihan diksi
Bahasa yang ringkas,padat dan ekonomis. Penggunaan kata harian yang mudah difahami.

2. Penggunaan Bahasa Inggeris
Dalam drama ini juga terdapat banyak penggunaan kosa kata dalam bahasa Inggeris

3. Penggunaan bahasa Indonesia
Pengarang juga tidak terkecuali daripada menggunakan gaya bahasa Indonesia dalam drama ini.

4. Ayat perintah
Ayat perintah yang digunakan dalam drama ini dapat dilihat pada contoh yang berikut"
JALAD : Elok kamu serahkan pitanya pada kami! (Halaman 162)

5. Anafora
Pengulangan kata yang bertujuan untuk memberikan penegasan terhadap sesuatu dapat dilihat pada contoh berikut:
GULAM RUSSEL : Tak maju kalau minda tertutup
GENG 60-AN : Tak maju kalau minda tertutup.
GULAM RUSSEL : Tak ke mana kita kalau hanya jadi pak turut.
GENG 60-AN : Tak ke mana kita kalau hanya jadi pak turut.
(halaman 199-200)

6. Ayat tanya
Berikut ialah contoh petikan drama yang mengandungi ayat tanya iaitu:
NESAN : Ni kumpulan hak asasi mana pulak ni? Rumah buruk di mana ni? (Halaman 161)

7. Imejan
Unsur gaya bahasa yang memberikan perlambangan terhadap sesuatu turut dimuatkan oleh pengarang dalam drama
ini. Contohnya perkataan hantu yang digunakan dalam petikan berikut membawa makna seseorang penjahat atau
penjenayah
MAK RENONG : Itu kita panggil hantu! Kita memang kaya hantu, hantu kubur, hantu jerangkung, hantu raya,
hantu kaya! Hantu tu sentiasa ada depan kita, tak payah tunggu malam,tunggu gelap! Siang hari buta pun ada
hantu! (Halaman 201)

8. Simile
Unsur simile yang menggunakan perkataan seperti, bagai, laksana dan umpama dalam drama ini boleh dilihat dalam
contoh yang berikut"
MAK RENONG : ...Mak Nong harap orang muda-muda macam kamulah buat pembaharuan! (Halaman 175)

9. Sinkope
Penyingkatan perkataan dalam dialog digunakan oleh pengarang.

10.Inversi
Unsur gaya bahasa berbentuk inversi yang diteliti dalam drama ini seperti dalam contoh berikut:
TULUS : Waris yang mengaku waris tetapi tidak dapat memberi sebarang bukti, jangan dilayan! (Halaman 212)


No comments:

Post a Comment